Pages

Rabu, 30 Januari 2013

Sejarah Ayam Serama

Sejarah Ayam Serama
Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur).
Baka moden ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan. Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia.
Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan maklumat difahami oleh penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim.
Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya, ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail. Bagaimanapun, sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka. Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta: "Reka bentuk bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."

Di Amerika Syarikat

Pada tahun 2001, ayam Serama pertama kali diimport ke Amerika Syarikat oleh KJ Theodore dari Illinois. Jerry Schexnayder dari Louisiana mengimport kumpulan ke dua. Import oleh Theodore lebih berkualiti, mengandungi gen bagi kecil melampau. Import oleh Schexnayder lebih besar, kekurangan gen sebegitu. Kesemua ayam Serama di Amerika Syarikat merupakan keturunan langsung dari import asal ini. Ayam Serama kemudian dijaja oleh persatuan yang diasaskan oleh Jerry Schexnayder, pemain utama bagi serama, dikenali sebagai Majlis Serama Amerika Utara ("The Serama Council of North America - SCNA"). Majlis ini pertama kali memperkenalkan ayam Serama ke Amerika Utara dalam pelbagai pertunjukkan Ayam Kebangsaan. Pada musim bunga 2004 ayam Serama mencapai mercu tanda bilamana ia mempunyai pertunjukkan ayam Seramanya sendiri yang dikenali sebagai Klasik Cajun ("Cajun Classic") di Baton Rouge, Louisiana. Pada masa itu ayam Serama masih pada titik penting penubuhannya. Kini dengan ayam Serama semakin popular, ia mula mencipta namanya sendiri.
Ayam Serama sedang dalam proses penerimaan oleh Persatuan Ayam Amerika ("American Poultry Association") dan Persatuan Bantam Amerika, dengan perjumpaan kelayakan pertama diadakan pada 2011. Ayam Serama di Amerika Syarikat telah menjadi pertikaian mengenai apa yang dianggap ideal atau piwaian yang perlu diterima. Dua corak pemikiran telah diamalkan bagi menternak ayam Serama samaada ia patut kekal stail Malaysia atau samaada ia perlu menyesuaikan dengan citarasa Amerika. Ideologi kedua telah menjadi peneraju dalam penternakan ayam Serama di Amerika, menengelami "perlumbaan bagi penerimaan" pada tahun 2010 dengan perjumpaan kelayakan pertama.

Di Eropah

Ayam Serama mula diimport masuk ke UK sekitar 2003-2004. Ayam Serama ini diimport dari Amerika dan secara langsung dari Malaysia. Asas kawanan ayam Serama di UK terdiri daripada hanya beberapa dozen ayam. Pada tahun 2005, sekumpulan kecil pemilik ayam Serama dan peminat memutuskan untuk Kelab Ayam Serama British <refKelab ayam Serama British</ref>, kelab ayam Serama pertama di UK. Mereka menubuhkan piwaian bagi baka Serama Inggeris. Akhirnya pada tahun 2008, kelab ini telah diiktiraf secara rasmi sebagai kelab penternak gabungan dengan Kelab Ayam Great Britain.[1]
Ayam Serama masih agak jarang dan mahal sebahagian besar tanah besar Eropah. Belanda mungkin memiliki bilangan ayam Serama terbesar di luar UK. Kebanyakan baka di Belanda adalah keturunan dari ayam / telur yang diimport dari Amerika dan dari UK.
Ciri-ciri umum
Ayam Serama merupakan ayam teringan di dunia. Biasanya bawah dari 500g, tetapi dengan ayam yang lebih kecil bawah 250g telah dibiakkan di negara asalnya Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapt pada badan dan sayap mendatar dipegang hampir mencecah tanah. Di Malaysia ia digambarkan sebagai pahlawan berani dan ayam malaikat, kerana penampilan mereka menyerupai manusia.

Pembiakan

Secara keseluruhan ayam Serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19-21 hari untuk anak ayam terbentuk dan menetas. Anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk berbanding baka lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16-18 minggu untuk ayam matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur. Telur Serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur dan ada beberapa hipotesis mengenai hal ini; pembiakbakaan dalam sesama sendiri mungkin salah satu sebabnya, yang lain adalah kemungkinan telur agak kecil (mungkin menghampiri had terendah yang mungkin bagi menghasilkan telor yang mampu menetas). Kebersihan yang baik, tatarajah pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan. Saiz am telur tidak terlalu besar, saiz telur biasanya antara 2 hingga 3 biji telur puyuh biasa atau 4 hingga 6 biji bagi telur Serama yang menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. Ayam yang lebih kecil kemungkinannya bertelur yang lebih kecil tetapi terlalu kecil untuk berkembang . Sumber Wikipedia.Org





Tiada ulasan:

Catat Ulasan