Pages

Jumaat, 8 Februari 2013

Ziarah Otai serama di Pendang

Assalam dan salam serama kepada semua..
Kelmarin BSK telah membuat rutin hujung minggu, menjemput anak dari asrama yang bersekolah di sebuah sekolah agama dekat sini. Dari kesempatan itu juga BSK menggambil peluang menziarah seorang sahabat serama di pendang. Beliu seorang pemain serama tegar yang bertaraf "otai serama" yang BSK kenali sejak tahun 2003 lagi. Rasa2nya ramai peminat serama mengenali beliau...





"Hang tengok hat tu baka baik tu" mungkin itu yang dikata oleh Saudara Fauzi
Beliau yang BSK maksudkan ialah saudara Fauzi . Bro Fauzi seorang cool dan "senang kira". Banyak koleksi2 serama yang ada di rumahnya yag pada mata BSK menggoda.

 Anak kepada Ning (Induk kesayangan Saudara Fauzi)


Anak Ning
di samping itu banyak juga anak2 reban yang baru menetas yang kelihatan megancam..
 Kerana tergoda BSK sambar juga sekor induk dan sekor anak tino yang di katakan anak kepada induk yang bernama Ning dari reban saudara Fauzi..terima kasih daun keladi...hehe