Pages

Isnin, 16 Disember 2013

Breeding plan 2014

Salam to all,
Posting kali ini just for sharing plan breeding untuk 2014..
Plan untuk line Ara, BSK bercadang mengandingkan Terrarossa Junior (Serama Utara jangan marah yer...hehe) dengan induk Ara Sami..Harap-harap gandingan ini mampu menghasilkan anak-anak yang hebat dan mantap..insyaallah.

Terrarossa Junior digandingkan Dengan Ara Sami


Gambar Ara Sami semasa dara berasal dari reban Abang Rosli Tebu
Hasil dari Pembaka Terrarossa Junior sebelum ini agak memuaskan hati BSK..
Diantara gambar-gambar anak-anaknya dengan induk yang berlainan.

Adik dan Abang satu bapak lain induk



Projek kedua BSK kali ini menghasilkan produk kuning Diraja.Kali ini gandingan mantap dari Submarin ekor kelabu (Hj Om Penaga) dengan induk sumarin selam gegar (Usop Guar)...bagi menggegarkan dunia serama...haha....Cukup susah nak bagi depa ni posing bersama, Masa jantan dok bergaya yang betina dok patuk meja..huhu..hat ni ja yang sempat snap..hentam ja lah..haha..


Submarin ekor kelabu (Hj Om Penaga) dengan induk submarin selam gegar (Usop Guar)

Ok itu sajalah coretan kali ini..adios..wassalam....

p/s: pakai kamera henset cabok saja..sakit mata anda tanggung sendiri..


Rabu, 11 Disember 2013

Promosi Baja Haiwan


BAJA HAIWAN
Salam to all,
Apa Kabar warga serama, disini SK ingin berkongsi satu produk yang berkesan untuk ayam serama kita.
malas SK nak ulas panjang2..hehe..
Cuba sendiri baru tahu hasilnya...
Produk kesihatan untuk semua jenis haiwan peliharaan anda. Dirumus daripada bahan-bahan organik dan semulajadi. Tiada kesan sampingan. DI JAMIN BERKESAN.Satu botol dengan isian saiz 500ml

Faedah:
~ Mempercepatkan pertumbuhan haiwan
~ Melancarkan sistem penghadaman & pembesaran haiwan
~ Menguatkan antibodi & cegah penyakit seperti hawar ayam,kurap dan lain-lain
~ Nyahbau najis & kurangkan lalat
~ Mesra alam, 100% organik & semulajadi.


Kaedah:
~ Bancuh dengan air TANPA klorin(diberi minum & disembur kepada haiwan)
~ TIDAK SESUAI untuk haiwan bunting & anak yang masih menyusu
Cara penyimpanan BAJA HAIWAN :
-Simpan ditempat gelap
-suhu sejuk seperti peti ais

jangan terdedahkan pada pancaran matahari,elakkan menggunakan air klorin
Terdapat dalam dua kuantiti[1 liter & 500ml]

Sukatan:

2 tutup botol baja + 1.5L air tanpa klorin (air tapisan,air tadahan hujan,air yang sudah dimasak,dan lain-lain air semulajadi).

PERINGATAN: Jangan guna air paip,jangan goncang botol & jangan biarkan botol baja terdedah pada panas matahari dan suhu tinggi.

Harga Jualan:

500ml    -  RM20 + RM5 (pos)
 

Selasa, 3 Disember 2013

Tranfomasi anak Serama

Salam,
Tranfomasi anak serama, dulu dan kini..Dalam usaha breding memang satu yang menujakan apabila dapat melihat perkembangan hasil breeding dari masa ke semas..Anak ini hasil cross breed Pembaka sami dengan induk Submarin,nampak nya banyak mengikut perangai "jahat" ibunya. Calon simpanan pembaka masa hadapan, Maaf gambar kurang memuaskan, pakai kamera h/p jer..haha..Adios..

Ganbar semasa anak a

Remaja lagi, nak masuk muda dah..

Pembaka Reban Untuk Projek Upgrading Cutting..

         Sedikit update reban terkini sekadar untuk menceritakan perkembangan terbaru reban..
Alhamdullillah anak2 SG reban telah pun menetas 5ekor dari 2 induk.. Kena tunggu tengok bagaimana nanti hasilnya..

 
Gambar Pembaka Reban sewaktu anak a (Gmbr ihsan dari Serama AnakJohor)




Pembaka SG reban digandingkan Induk SG Ekor Hitam dan Ekor Kelabu

Anak-anak nampak macam cantik jer,macam comel jer,,hehe,,