Pages

Rabu, 2 Oktober 2013

Perkembangan Terbaru Reban..

Salam Serama,
 Lama sungguh SK tak update blog. Bukan apa pc dirumah dah kena virus..dah berkali-kali format...tak ok-ok.. Itulah sebab blog dah bersawang... Baru tukar CPU baru Yess!!!. Bolehlah berblog semula..haha.. Perkembangan terbaru usaha breeding tetap berjalan.. Reban pun dah mula sesak...Diperingkat tapisan pertama sedang berjalan..Coretan ini sekadar berkongsi cerita sahaja..

Dara pujaan sebagai calon induk reban

Pembaka Baru reban untuk process upgrading cutting..
Disini ada jugak Ayam serama untuk dilepaskan..biasala reban sesak.. Rasa sayang jugak, tapi apa boleh buat. Amat sesuai kepaada yang baru bejinak-jinak dalam hobi ini..Sk pun nak lepas murah2 jer..


Pembaka RM150.00

Anak B ada potensi, eksosori tip-top, Rocky bloodline RM150.00

Ayam nak masuk muda RM 150.00 
Ada jugak yg lain direban, boleh datang tengok yang mana berkenan dihati,
Adios..

Sabtu, 13 April 2013

Game Di Kedah (Menara Alor Setar) Tunda ke 18/5/2013

Game Di Kedah Tunda ke Tarikh Baru!


Pertandingan ayam serama yang bakal berlansung di menara Alor Setar terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu 18.5.2013. sila hebahkan kepada semua geng serama kita, SU mewakili ahli jawatan kuasa pertandingan ayam serama kedah ingin memohon maaf atas sebab2 tertentu..hanya tarikh yang ditunda, semua acara, hadiah, tempat dan lain2 adalah seperti dalam flyers.. p/s: jom kita mengundi dahulu, hehehe. 
Sumber Blog Serama Utara

Isnin, 11 Mac 2013

Update!!! Bon di Billion A.Setar

Thunderstorm
Hanya mendapat tempat ke 9 dengan 51.8 point berbanding juara mendapat 53.2 point,
Dari analisis nampak banyak point hilang dari "gaya" tapi tak ralat sangat la, memang tau pun
remaja ni belum mai perangai lagi...saja-saja nak test.... tak pa, prepare untuk Muda pulak..