Pages

Selasa, 22 September 2015

Generasi ke 3 kuning ekor kelabu

Assalam,
Coretan kali ni untuk kongsi anak reban generasi ke 3, sabar menanti perkembangannya dimasa depan.

Cari duit Online?..hemm, rasa terpanggil mencoret sikit hal, ni sebab ada member dok promot kat SK
weeklyfixpay.com/?ref=291528
buat duit online😁...
Macam tak percaya jer..
lagi baik jual ayam....hihi...

Rabu, 16 September 2015

Selasa, 15 September 2015

Jualan Pembaka sempena Hari Raya Korban

Assalam,
Selamat menyambut  Hari Raja Korban yang akan menjelang tak lama lagi.Disini SK update sikit jualan secara pakage sepasang pembaka dan ank B untuk dijual secara pakage Rm600.00.
Pembelian yang sangat berbaloi-baloi..
Terima Kasih...

Jumaat, 10 Julai 2015

Pembaka ekor kelabu 2

Pembaka baka sri kibas ada lompat..
ingat nak main, tunggu ekoq x siap2..masuk induk dululah....

Jumaat, 5 Jun 2015

Jualan Semperna Ramadan

Assalam..
Semperna bulan puasa yang bakal menjelang SK berhasrat mengurangkan kuantiti reban.Disini ada beberapa pembaka untuk dipindah milik.Kepada yang berhajat jangan segan2 untuk menghubungi SK. Terima Kasih.

Khamis, 26 Mac 2015

Pembaka Kuning Ekor Kelabu

Update sikit....pembaka gaya kibas lompat.. diharap akan berjasa direban.

Khamis, 7 Ogos 2014

Update Breeding...

Anak reban yang kini berada direban Serama Seri Muara.
Selamat Hari Raya dan Assalamualaikum,
Dah bersawang blog, Leka dengan FB sampai lupa dengan blog,,,huhu..
Update... breeding masih berjalan seperti biasa, dalam mencari cutting idaman..
Dari penilaian SK...Serama sentiasa berevolosi dari masa ke semasa.
Breeder perlu bermiginasi akan hasil yang bakal dikeluarkannya..
Gambar diatas anak reban yang kini berada di reban serama seri muara..
(Shuhaimi pinjam gambar) Terima kasih sebab percaya dengan produk SK.

Sekadar berkongsi..
Cetusan Minda Cikgu Mie SERAMA Kemaman, Terengganu..(kredit untuk beliu)
CETUSAN MINDA 1 : TIPS HASILKAN BAKA SERAMA YANG HEBAT

Cetusan minda ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan rujukan ilmu dengan 'sifu2' serama silam. Ilmu penternakan serama secara praktikal sebenarnya belum lagi dibukukan atau dikaji secara ilmiah melainkan sedikit kajian2 yg telah diutarakan oleh pengkaji sebelum ini berdasarkan pengalaman penternak silam.

Tips pertama yang ingin dikongsikan ialah pilih baka serama yang memiliki darah serama dari juara2 silam yang mempunyai darah gaya yang hebat. Ini adalah kerana ayam yang ber'gaya' di meja ia adalah sesuatu yang terhasil dari maklumat genetik baka asal keturunannya bukan sesuatu yang boleh dilatih atau dibuat2. Justeru itu dalam memulakan penternakan serama darah baka asal harus menjadi 'priority' dalam pemilihan baka serama yang diingini.

Darah serama silam tersebut sebaik2nya adalah darah original yang belum bercampur dengan darah serama luar yang tidak diketahui asal usul keturunannya secara jelas. Justeru itu 'sanad' keturunan asal baka yang dipilih harus dikenalpasti untuk memastikan baka original darahnya yang menjadi pilihan kita. Ramai kawan2 penternak sering bertanyakan saya bagaimana jika kita telah memiliki beberapa ekor serama atau satu reban serama yang tidak tahu asal usul keturunannya secara jelas. Adakah perlu 'direject' semuanya dan mulakan penternakan baru ? . Maka jawapan mudahnya adalah ya dan jawapan sedarhananya ialah boleh cuba try masukkan darah terpilih dengan baka asal reban kita namun jika hasilnya atau jawabannya terus gagal, maka pilihan pertama harus dipakai. Harus diingat untuk melihat kelahiran satu generasi serama sekurang2nya kita perlu menunggu sehingga 6-8 bulan barulah jelas kejayaan usaha penternakan kita samada berjaya atau gagal.

Ukuran kejayaan penternakan pada pandangan saya harus dinilai dari sudut berapa ekor nisbah ayam yang lahir boleh dibuat bertanding atau tidak. Seringkali peminat terkeliru dengan istilah ukuran kejayaan penternakan iaitu apabila seekor ayam dari seorang penternak muncul johan dalam satu2 pertandingan walhal apabila diselidiki sebenarnya ayam tersebut lahir hanya seekor dari rebannya sedangkan puluhan ekor lagi tidak menjadi. Kelahiran seekor ayam johan itu sebenarnya adalah secara 'terpencil' bukan hasil dari kejayaan penternakan.

Namun persoalannya kini tidak ramai penternak mengetahui dengan jelas soal darah original baka juara serama silam melainkan merujuk kepada individu yang mengkaji dan mengetahui sejarahnya dengan jelas. Malah satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh penternak serama kini ialah menternak serama dengan membeli terus melalui 'orang tengah' atau pemborong serama yang pasti tidak menceritakan secara tepat atau jelas asal usul keturunan serama yang ditawarkannya atas alasan ianya tidak penting atau strategi bisnes...

Contohnya sering ditanya apakah ciri2 ayam serama silam yang hebat dalam lipatan sejarah seperti Baka Pak 2000, Baka Raja Gegar, Baka Limbat / Uban, Hussin Kijang Mas dan sebagainya... apakah ciri2 untuk mengenalpasti fizikal darahnya dan apakah ciri2 induk yang sesuai untuk baka2 yang disebut ini. Semuanya memerlukan maklumat dari individu yang berpengetahuan jelas terhadapnya malah kalau boleh individu yang pernah melihat dengan 'mata kepalanya' sendiri serta merasai aura kehebatan serama tersebut dalam sejarah...

Penulis turut berkongsi kesedihan bila mana menyaksikan ramai di kalangan peminat serama yang begitu bersemangat dan teruja dalam memulakan penternakan akhirnya kecewa lantaran hasil yang diingini dari pelaburan besar yang dibuatnya ternyata tidak berbaloi. Induk dan bapak dibeli dari baka yang cantik atau dikatakan 'terpilih' dengan harga yang pasti tidak rendah namun masih gagal menghasilkan generasi anak serama yang setanding dengan kehebatan induk dan bapaknya. Akhirnya dunia serama kehilangan seorang lagi peminat serama tegar yang pasti merugikan alam serama buat sekian kalinya jua.... Cetusan Minda Cikgu Mie SERAMA Kemaman, Terengganu..