Pages

Rabu, 2 Oktober 2013

Perkembangan Terbaru Reban..

Salam Serama,
 Lama sungguh SK tak update blog. Bukan apa pc dirumah dah kena virus..dah berkali-kali format...tak ok-ok.. Itulah sebab blog dah bersawang... Baru tukar CPU baru Yess!!!. Bolehlah berblog semula..haha.. Perkembangan terbaru usaha breeding tetap berjalan.. Reban pun dah mula sesak...Diperingkat tapisan pertama sedang berjalan..Coretan ini sekadar berkongsi cerita sahaja..

Dara pujaan sebagai calon induk reban

Pembaka Baru reban untuk process upgrading cutting..
Disini ada jugak Ayam serama untuk dilepaskan..biasala reban sesak.. Rasa sayang jugak, tapi apa boleh buat. Amat sesuai kepaada yang baru bejinak-jinak dalam hobi ini..Sk pun nak lepas murah2 jer..


Pembaka RM150.00

Anak B ada potensi, eksosori tip-top, Rocky bloodline RM150.00

Ayam nak masuk muda RM 150.00 
Ada jugak yg lain direban, boleh datang tengok yang mana berkenan dihati,
Adios..

Sabtu, 13 April 2013

Game Di Kedah (Menara Alor Setar) Tunda ke 18/5/2013

Game Di Kedah Tunda ke Tarikh Baru!


Pertandingan ayam serama yang bakal berlansung di menara Alor Setar terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu 18.5.2013. sila hebahkan kepada semua geng serama kita, SU mewakili ahli jawatan kuasa pertandingan ayam serama kedah ingin memohon maaf atas sebab2 tertentu..hanya tarikh yang ditunda, semua acara, hadiah, tempat dan lain2 adalah seperti dalam flyers.. p/s: jom kita mengundi dahulu, hehehe. 
Sumber Blog Serama Utara

Isnin, 11 Mac 2013

Update!!! Bon di Billion A.Setar

Thunderstorm
Hanya mendapat tempat ke 9 dengan 51.8 point berbanding juara mendapat 53.2 point,
Dari analisis nampak banyak point hilang dari "gaya" tapi tak ralat sangat la, memang tau pun
remaja ni belum mai perangai lagi...saja-saja nak test.... tak pa, prepare untuk Muda pulak..

Khamis, 28 Februari 2013

Thunderstorm...cuba try uji test

Thunderstorm
Assalam kepada semua,Remaja Kubing ini BSK bagi nama Thunderstorm, insyaallah akan membuat kemunculan sulung di bon2 yang terdekat.Semoga dapat beraksi dengan baik..segah namanya.

Khamis, 21 Februari 2013

Anak B submarine


Anak B belum train lagi,nampak macam ada potensi.Baru asing dari "Gu" (adik-beradik) yang lain,
baru nak start train.Harap-harap sempat masuk Bon bulan depan.
.Apa komen sahabat2...saya budak baru belajar...hehe

Jumaat, 8 Februari 2013

Ziarah Otai serama di Pendang

Assalam dan salam serama kepada semua..
Kelmarin BSK telah membuat rutin hujung minggu, menjemput anak dari asrama yang bersekolah di sebuah sekolah agama dekat sini. Dari kesempatan itu juga BSK menggambil peluang menziarah seorang sahabat serama di pendang. Beliu seorang pemain serama tegar yang bertaraf "otai serama" yang BSK kenali sejak tahun 2003 lagi. Rasa2nya ramai peminat serama mengenali beliau...





"Hang tengok hat tu baka baik tu" mungkin itu yang dikata oleh Saudara Fauzi
Beliau yang BSK maksudkan ialah saudara Fauzi . Bro Fauzi seorang cool dan "senang kira". Banyak koleksi2 serama yang ada di rumahnya yag pada mata BSK menggoda.

 Anak kepada Ning (Induk kesayangan Saudara Fauzi)


Anak Ning
di samping itu banyak juga anak2 reban yang baru menetas yang kelihatan megancam..
 Kerana tergoda BSK sambar juga sekor induk dan sekor anak tino yang di katakan anak kepada induk yang bernama Ning dari reban saudara Fauzi..terima kasih daun keladi...hehe

Khamis, 31 Januari 2013

Pembaka Reban


U-BOAT
Pembaka utama Reban BSK yang diberi nama U.boat (Pure Submarine bloodline), kepala dah botak dipagut induk...hehe